Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan menulis esei yang bertajuk 'tanggungjawab murid terhadap diri, keluarga dan sekolah'. Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Di samping itu, objektif pertandingan ini adalah untuk memastikan murid-murid dapat memperingati jasa baik guru-guru yang telah mendidik mereka. Kedua, untuk menguji dan menilai tahap penguasaan Bahasa Melayu dikalangan murid-murid.
Pemenang akan diumumkan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah nanti yang dijangka pada 26 Mei 2010.