Guru Besar SKPN3 berkata ketika berucap pada Majlis RIMUP, RIMUP sebenarnya adalah untuk perpaduan antara murid dan guru serta masyarakat. Program RIMUP telah dilancarkan sejak 1986 oleh KPM di Semenajung Malaysia.
En Johnny Harris ketika berucap merasmikan program RIMUP berkata "ia adalah kesinambungan dari konsep 1 Malyasia". Menurutnya lagi, ibu bapa perlu mengambil berat tentang penjagaan dan pendidikan anak-anak. Ilmu adalah penting bagi seseorang individu. Ianya dapat membezakan individu dengan individu yang lain.
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran.
Selesai upacara perasmian, sukaneka bermula dengan diketuai oleh BOSS RIMUP 'En. Idris Hj Ason' PK HEM SKPN3. Pelbagai acara diadakan seperti tarik tali, tarik upih, lari dalam guni, bola baling dan pancing botol. Lebih menyeronokan lagi, sukaneka ini diadakan dalam air disebakan kawasan sekolah mengalami banjir sejak 3 hari lepas.
Program RIMUP berjaya dijalankan di SKPN3 dengan bantuan semua pihak. Terima kasih semua sehingga berjumpa untuk RIMUP yang akan datang.
* Teringat ketika main banji
r di kampung
![Tebal](http://www.blogger.com/img/blank.gif)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan