Selasa, 6 November 2012

MESYUARAT AKHIR TAHUN 2012

Mesyurat akhir tahun telah diadakan di makmal komputer SKPN3. Guru-guru dan staf sokongan terlibat.

SEMOGA CEPAT SEMBUH, DOA KAMI BERTERUSAN

Isteri kepada salah seorang guru di SKPN3 baru-baru ini telah dimasukkan ke wad di salah sebuah hospital di Pulau Pinang disebabkan sakit mata dan demam. Diharap Cikgu Masrul sabar dan kami warga SKPN3 nmendoakan agar isteri beliau Pn. Sakinah cepat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa. Amin...

SELAMAT DATANG

Selamat datang kepada cikgu-cikgu baru yang akan menabur bakti di SK Pengarah Enteri. Semoga terus berusaha bagi memantap dan menjadikan SKPN3 terus maju dan cemerlang dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Isnin, 5 November 2012

JASAMU DIKENANG

Selamat bertukar kepada guru yangpernah menabur bakti di SK Pengarah Enteri Antaranya ialah :
1. Pn Selia Mattew - Miri, Sarawak
2. Pn Noraini - Gua Musang, Kelantan
3. Che Zukarnain Bin Che Sukri - Tumpat,  Kelantan
4. Pn.Noor Azlina Binti Muhamad Razali - Tumpat,  Kelantan

Semoga terus menabur bakti walau di mana berada. Terima Kasih atas segalanya.

Jumaat, 11 Mac 2011

SELAMAT BERCUTI

Pihak sidang redaksi (Penulis) mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SKPN3. Semoga cuti ini diisi dengan aktiviti yang bermakna dan diharap murid dapat menyiapkan tugasan dan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu.

Sabtu, 5 Mac 2011

SESI RANDAU MURID TAHUN 6

sesi Randau khas murid tahun 6 akan diadakan di Makmal SK Pengarah Enteri tepat jam 9 pagi.
Ibu dan bapa murid dikehendaki hadir.

SELAMAT DATANG CIKGU JOK DAN PPM

aSelamat bertugas kepada Cikgu Jok dan PPM baru. Semoga dapat memberikan yang terbaik kepada sekolah kesayangan kita.

SELAMAT DATANG PK BARU

Selamat datang dan bertugas kepada Cikgu Uyo Jok ke SK Pengarah Enteri.

Rabu, 27 Oktober 2010

KEM WAJA DIRI MURID TAHUN 6 & PENGAWAS 2010

Pada 19-21 Oktober 2010, SK Pengarah Enteri julung-julung kali telah mengadakan Kem Waja Diri murid tahun 6 & Pengawas 2010. Kem ini telah diketuai oleh En Idris Bin Hj Ason PK HEM merangkap Pengarah/Moderator Kem dan En. Che Zulkarnain Bin Che Sukri sebagai Kem Komandan serta En Masrul Effendi Talib selaku Timbalan Kem Komandan. Objektif kem ini dijalankan adalah untuk mendisiplinkan murid-murid selain ia adalah satu program RIMUP penggal kedua. Kem ini telah berjalan dengan jayanya dan majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ayahanda Penghulu Enggah Ank Muga. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada para peserta kem dan seluruh jawatan kuasa kerja yang telah bertungkus lumus menjayakan Kem Waja Diri ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

LATIHAN PENYELARASAN MAKMAL KOMPUTER

Pada 27-29 Oktober 2010, latihan Penyelarasan Komputer diadakan di SMK Riam, Miri. Kursus ini dihadiri oleh Cikgu Masrul Effendi Talib iaitu ketua ICT dan Cikgu Che Zulkarnain Bin Che Sukri. Objektif kursus ini adalah untuk menyelaraskan semua sekolah yang mempunyai makmal komputer yang baharu. Kursus ini dilatih oleh Thames Technology.

Rabu, 22 September 2010

UPSR 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2010 KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 SK PENGARAH ENTERI, BARAM. SEMOGA KALIAN BERJAYA. DOA GURU-GURU MENGIRINGI KALIAN SEMUA.

Khamis, 16 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini, saya mewakili pihak sekolah dan penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat serta memohon jutaan kemaafan di atas kesalahan dan kesilapan selama ini. Jadikan sambutan kali ini sebagai ukhwah dan mengeratkan tali silaturrahim di antara kita semua.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Rabu, 18 Ogos 2010

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI

Bersempena Bulan Kemerdekaan yang akan disambut Pada 31 OGOS 2010 nanti, Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu mengadakan pertandingan mengarang esei. Maklumat seperti berikut:

Tajuk : Tuliskan sepucuk surat kepada kawan anda dan ceritakan tentang kemeriahan sambut Hari Kemerdekaan yang telah anda saksikan di sekolah anda.

Syarat Penyertaan : 1.Terbuka hanya kepada murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6

2. Hasil karya adalah asli dan tidak diciplak dari mana-mana sumber

3. Karya hanya boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu sahaja

4. Pemenang akan diumumkan semasa sambutan Bulan Kemerdekaan nanti

5. Senarai nama pemenang juga akan dimuatkan ke dalam Blog Sekolah iaitu http://skpengarahenteri.blogspot.com

Tarikh akhir penghantaran : Karya hendaklah dihantar sebelum atau pada 25 Ogos 2010 kepada Cikgu Zul atau Cikgu Nancy.

Murid-murid tahun 6 diwajibkan menyertai pertandingan ini.

SALAM RAMADHAN

Selamat berpuasa kepada guru Muslim SKPN3, semoga puasa kali ini membawa sejuta pengertian.

SALAM PERKENALAN

Salam perkenalan daripada warga SKPN3 kepada Ust. Naharudin Bin Md Nor kerana sudi melawat blog SKPN3. Diharap perkenalan ini membawa seribu makna. Dari GB dan warga SKPN3.

Ahad, 18 Julai 2010

PERCUBAAN UPSR 2010

Bermula pada 27-29 Julai 2010 ini, calon UPSR 2010 akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Diharap murid-murid dapat menjawab dengan baik dan perbaiki keputusan mereka.

Jumaat, 18 Jun 2010

KEMBALI BELAJAR DAN BERTUGAS

Setelah tiga minggu cuti pertengahan persekolahan akhirnya pada 21 Jun 2010 murid-murid dan semua staff SKPN3 kembali bertugas dan menjalankan P&P. Dengan berbekalkan semangat dan motivasi yang tinggi untuk menjadikan SKPN3 ke arah sebuah sekolah yang terbaik dan terbilang.

Jumaat, 28 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


SELAMAT BERCUTI DAN HARI GAWAI KEPADA SEMUA STAF DAN ANAK DIDIK SKPN3


Semoga cuti dan Hari Gawai tahun ini membawa transformasi dan sinar kebahagiaan serta bergembira selalu.

KEPUTUSAN PEMENANG MENGARANG ESEI BAGI TAHAP 2

Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu yang diketuai oleh Cikgu Che Zulkarnain Bin Che Sukri dan Cikgu Nancy V Alliun telah memilih dan mencalonkan murid yang telah mengarang esei mengikut syarat-syarat dan kriteria-kriteria yang ditetapkan.
Pemenang Mengarang Esei Sempena Hari Guru 2010.
Tahun 6
Tempat Pertama : Rhendar Ehsan
Tempat Kedua : Harrison Thambi
Tempat Ketiga : Carolina Kiai
Tahun 5
Tempat Pertama : Winnie Francis
Tempat Kedua : Welleana Welthy
Tempat Ketiga : Linda Maliana
Tahun 4
Tempat Pertama : Krissy Rendah
Tempat Kedua : Dominica Enya
Tempat Ketiga : Johannes Laing Wan
Pemenang membawa pulang hadiah dan juga sijil, manakala murid yang menyertai pertandingan hanya membawa pulang Sijil Penyertaan. Hadiah dan sijil disampaikan oleh Penghulu Enggah Ak Muga pada Majlis Sambutan Hari Guru 2010 pada 26 Mei 2010 bertempat di Dewan Pengarah Enteri. Tahniah kepada pemenang.

Jumaat, 21 Mei 2010

SELAMAT HARI GAWAI



Selamat Hari Gawai kepada yang akan menyambut Hari Gawai Dayak pada minggu depan.


SELAMAT HARI GURU


Semoga guru-guru dapat menabur bakti kepada anak bangsa dan mencurahkan segala ilmu yang ada. Terima Kasih Cikgu!