Jumaat, 13 November 2009

'Berat sama dipikul ringan sama dijinjing'


12 November 2009 – Warga Sk Pengarah Enteri bermuafakat mengadakan gotong royong bagi menceriakan lagi kawasan sekolah dan juga untuk Majlis Penyampaian Sijil Tahun 6 dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2009.

Ahli jawatankuasa yang diketuai oleh Agbert Abang Sating bertungkus-lumus selama seminggu merancang program tersebut. Kerja-kerja mengecat dan pembersihan dilaksanakan secara gotong-royong. Bak kata pepatah “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Turut sama membantu ialah masyarakat setempat yang banyak membantu pihak sekolah dalam merealisasikan impian dan harapan sekolah.

Program tersebut dijalankan tepat jam 3 petang dan tamat pada jam 6 petang. Keceriaan dan program seumpama ini dirancang oleh pihak sekolah pada awal tahun lagi bagi memastikan keadaan sekolah bersih dan berada pada tahap optima dan seterusnya dapat memberikan keselesaan kepada warga SKPN3. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.

* jangan tunggu hari esok untuk berubah - czcs