Rabu, 18 November 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2009

TOKOH PELAJAR 2009

UCAPAN TUAN GURU BESAR






Pada 17 November 2009, SKPN3 sekali lagi mengadakan Majlis Penyampaian Sijil & Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 bertempat di bawah Makmal Pengarah Enteri yang dirasmikan oleh ayahnda Penghulu Enggah Ak Muga.
Majlis ini berlangsung pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Sesuai dengan motto sekolah iaitu 'Together Towards Excellence', SKNPN3 dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Ini terbukti apabila SKPN3 dinobatkan sebagai pengurusan cemerlang yang diketuai oleh guru berpengalaman iaitu Cikgu Idris dan Cikgu Saiful serta guru-guru lain termasuklah Guru Besar En. Paul Awan Ak Kuleng yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan dan tempat ke 3 secara keseluruhan di temasya sukan bagi Zon Tinjar pada bulan lepas.

Majlis ini berlangsung dengan jayanya dengan sokongan dari semua pihak termasuklah ketua-ketua masyarakat. "Penduduk Kampung Ulu Teru dan beberapa kampuang yang lain sanggup memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga bagi menjayakan majlis ini, saya selaku ketua program melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat" kata Cikgu Idris ketika ditemui penulis.

Guru Besar En Paul Awan Ak Kuleng ketika berucap pada majlis tersebut berkata, pendidikan murid-murid adalah perlu pada tahap optima dan ianya perlu diambil serius oleh ibu bapa dan tidak hanya bergantung kepada pengajaran guru semata-mata. Bagi ayahnda Penghulu Enggah Ak Muga ketika merasmikan majlis tersebut juga berpesan kepada ibu bapa janganlah hanya bergantung sepenuhnya kepada guru semata-mata tetapi perlu diambil perhatian juga oleh ibu bapa semasa di rumah.
Semasa majlis tersebut, Dareana Mampak dinobatkan sebagai olahragawati manakala Petrus Lendom dinobatkan selaku olahragawan 2009, Ramsey Knapen adalah TOKOH PELAJAR 2009 dan banyak lagi anugerah disampaikan.

* Bersama Mencipta Kecemerlangan

Rezeki Banjir

Penulis bersama Cikgu Salleh dan anak murid
Salam buat semua pembaca blog ni...Hari ni nak citer pendek jer...perkara yang mungkin membuatkan kita menangis @ segala yang tuhan turunkan keatas kita bukanlah musibah namanyer kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..Nah! lihatlah rezeki dari sungai depan rumah penulis.

Sekolah SKPN3 kebiasaannya akan mengalami banjir sekiranya hujan turun tidak henti-henti selama lebih kurang 1 hari. kesempatan ini diambil oleh penulis bersama guru-guru untuk memasang pukat. "biasanya kami akan dapat ikan lebih kurang 6 ekor sehari, cukup untuk makan malam kami" kata Ckgu Salleh kepada penulis.
* Boring kat rumah, pasang pukat