Jumaat, 22 Januari 2010

SESI RANDAU 2010

Lafaz ikrar diketuai oleh Adik Enteri Sujar selaku Ketua Murid SKPN3
Guru-guru memerhatikan murid-murid melafazkan ikrar
Antara Ibu bapa yang hadir memberikan sokongan dan mendengar
taklimat daripada guru-guru

En Paul Awan antara yang hadir memberikan sokongan

Pada 24 Januari 2010, Sk Pengarah Enteri mengadakan sesi perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6. Program ini diadakan pada jam 9 pagi bertempat di bawah Makmal Komputer Sk pengarah Enteri.

Perjumpaan ini adalah khas untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dijangka pada bulan 9 nanti. Program seumpama ini bukan pertama kali diadakan dan ini merupakan peluang untuk guru dan ibu bapa berkongi pendapat bagi memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Diharap Sk Pengarah Enteri sekali lagi mencipta sejarah untuk tahun 2010... amin

PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH

Pada mesyuarat staf minggu pertama persekolahan, dengan sebulat suara bersetuju untuk mengadakan pertandingan kelas terbersih bagi sesi 2010. Pertandingan ini akan dinilai dari segi kebersihan kelas, kekemasan, disiplin murid dan sebagainya.

Program seumpama ini sering dijalankan di sekolah ini bagi memastikan tahap kebersihan dan kekemasan kelas supaya lebih teratur. Di samping untuk memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.