Rabu, 27 Oktober 2010

KEM WAJA DIRI MURID TAHUN 6 & PENGAWAS 2010

Pada 19-21 Oktober 2010, SK Pengarah Enteri julung-julung kali telah mengadakan Kem Waja Diri murid tahun 6 & Pengawas 2010. Kem ini telah diketuai oleh En Idris Bin Hj Ason PK HEM merangkap Pengarah/Moderator Kem dan En. Che Zulkarnain Bin Che Sukri sebagai Kem Komandan serta En Masrul Effendi Talib selaku Timbalan Kem Komandan. Objektif kem ini dijalankan adalah untuk mendisiplinkan murid-murid selain ia adalah satu program RIMUP penggal kedua. Kem ini telah berjalan dengan jayanya dan majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ayahanda Penghulu Enggah Ank Muga. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada para peserta kem dan seluruh jawatan kuasa kerja yang telah bertungkus lumus menjayakan Kem Waja Diri ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

LATIHAN PENYELARASAN MAKMAL KOMPUTER

Pada 27-29 Oktober 2010, latihan Penyelarasan Komputer diadakan di SMK Riam, Miri. Kursus ini dihadiri oleh Cikgu Masrul Effendi Talib iaitu ketua ICT dan Cikgu Che Zulkarnain Bin Che Sukri. Objektif kursus ini adalah untuk menyelaraskan semua sekolah yang mempunyai makmal komputer yang baharu. Kursus ini dilatih oleh Thames Technology.