Selasa, 15 Disember 2009

SEKOLAHKU RUMAHKU


Sekolah boleh didefinisikan sebagai tempatatau instituasi untuk belajar dan mengajar atau tempat untuk memberi dan menerima ilmu. Rumah pula membawa maksud satu binaan yang dijadikan tempat tinggal.


‘Sekolahku rumahku’ pula bermaksud tempat belajar dan menuntut ilmu yang dijadikan seumpama rumah sendiri supaya kelangsungan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.


Konsep ‘Sekolahku rumahku’ yang dipraktikan oleh para pelajar dan guru dapat menjadikan sesebuah sekolah berwatak ceria. Walaupun pada hari cuti persekolahan masih ada peranan warga sekolah untuk memberi perhatian dan memanfaatkan institusi tempat mereka berkhidmat dan belajar, menghargainya sebagaimana kediaman sendiri.


Berasaskan konsep tersebut, secara tidak langsung terbentuk kerjasama dan jalinan kekeluargaan yang cukup erat yang sekaligus membantu pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang termasuk bidang akademik dan kokurikulum.
Dengan adanya guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik dan memahami anak muridnya untuk memberikan pendidikan yang sempurna ke arah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan adalah merupakan situasi yang berlaku di Sk Pengarah Enteri. Kejayaan terus dicipta untuk menjadikan Sk Pengarah Enteri sebagai sekolah yang mampu melahirkan murid-murid yang berjaya dan berdisiplin.