Selasa, 6 April 2010

KEM MOTIVASI BERKELOMPOK

Pada 15 -17 April 2010, Kem Motivasi Berkelompok akan diadakan di SK Long Lapok. Kem Motivasi ini adalah bertujuan untuk menyedar dan memberikan tunjuk ajar dalam menjawab soalan UPSR nanti. Antara sekolah yang terlibat ialah SK pengarah Enteri, SK Long Lapok dan SK Sungai Bong. Kem Motivasi seperti ini sering diadakan secara bergilir-gilir dan pada tahun lepas kem ini telah diadakan di SK Pengarah Enteri. Diharap kepada guru yang terlibat dapat memberikan komitmen dan murid-murid dapat mempelajari sesuatu serta mendisiplinkan diri semasa Kem Motivasi dijalankan.